Cikgu Pembuli ?

Balik sekolah semalam, dari luar pagar dah nampak Hazim duduk menangis tepi pintu.

Lebat betul air mata dia mencurah. Air hidung nan kekuningan pun sama meleleh. Eiii..

Tapi mak control senyum je. Tak nak tambah emosi sedih dia.

Keluar je pagar sekolah, belum masuk pintu kereta lagi, Hazim teresak-esak cakap dia dah pandai, esok tak nak gi sekolah dah. Alololo...

Dalam kereta mak tany, cikgu cakap apa sampai nangis teruk sangat ni? Hazim kata cikgu tak bagi balik kalau tak siap kerja.

Tadi mak dah nampak kat tangan dia booklet alif, ba, ta yang agak tebal. Satu mukasurat A4, 1 huruf jawi yang perlu ditulis dari atas hingga ke bawah muka surat. Dalam hati mak kata, memang lah tak boleh habis sampai esok pun ni. Sabarr je lah.

Tak faham bila cikgu suka ugut anak-anak tadika ni. Cikgu dah macam pembuli. Membuli pelajar yang tak berdaya, yang tak tahu nak pertahan kan hak mereka sendiri. Mentang-mentang lah pelajar senyap dan patuh je, walaupun dalam hati pelajar Allah saja yang tahu.

Nak pertahankan hak pelajar yang mana?

 Hak untuk balik ke rumah lah.

Waktu persekolahan hingga jam 12.30 saja. Mak ambil hazim 12.45. Kenapa cikgu tergamak ugut pelajar dengan kata-kata yang buatkan mereka jadi takut? Walhal dah diluar waktu pembelajaran dah tu.

Anak-anak menahan emosi rindu untuk jumpa keluarga dari jam 7.30 pagi lagi.

Bagi orang dewasa apa lah sangat jauh dari keluarga sehari je. Tapi bukan macam tu yang anak-anak rasa.

Anak-anak bila selalu diugut, bila mereka rasa tak selamat, otak takut mereka akan berkembang.

Bila otak takut berkembang, ada 3 perkara mereka akan buat. Ibu Rose pakar parenting selalu sebut pasal ni. Apa 3 perkara tu?

1. Melawan balik
2. Membisu / Membatu
3. Melarikan diri

Anak-anak akan membesar dengan jiwa yang suka memberontak.

Atau dia akan jadi pak turut saja, asal kan dia selamat.

Atau dia akan lari dari satu-satu masalah dan situasi yang dia tak suka, yang mana tak menyelesaikan masalah yang berlaku pun.

Jadi, anak-anak macamana yang kita nak mereka jadi bila besar nanti?

Mereka ni nanti akan dewasa, menjadi pemimpin keluarga, pemimpin organisasi, pemimpin masyarakat.

Kita mahu pemimpin yang macamana?

Saling berkait kan hal emosi dan didikan anak-anak ni dengan masa depan negara, agama dan bangsa suatu hari nanti.


Comments