Posts

Image
Cara Mengurangkan Stress dan Tekanan Dengan Berkesan Hidup ini adakalanya memang menyesakkan. Bagi sesetangah orang, banyak masa dalam kehidupan ini terpaksa berhadapan dengan tekanan.  Tekanan pula boleh datang dari banyak sebab seperti masalah kewangan, beban ditempat kerja, masalah kesihatan dan sebagainya. Bil yang perlu dibayar, hutang belajar, hutang rumah, hutang kereta, hutang peribadi. Semua perlu dilangsaikan setiap bulan, kos sara hidup pula kian meningkat. Pening dan stress bukan? Mari saya kongsikan beberapa cara terbaik untuk menghilangkan stress: 1.  Bersenam. Bersenam seperti berlari atau ber'jogging' bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi kita ruang untuk berfikir dan mencari ilham. Amalkan bersenam, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. 2.  Tidur Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dala...

Cikgu Pembuli ?

Image
Balik sekolah semalam, dari luar pagar dah nampak Hazim duduk menangis tepi pintu. Lebat betul air mata dia mencurah. Air hidung nan kekuningan pun sama meleleh. Eiii.. Tapi mak control senyum je. Tak nak tambah emosi sedih dia. Keluar je pagar sekolah, belum masuk pintu kereta lagi, Hazim teresak-esak cakap dia dah pandai, esok tak nak gi sekolah dah. Alololo... Dalam kereta mak tany, cikgu cakap apa sampai nangis teruk sangat ni? Hazim kata cikgu tak bagi balik kalau tak siap kerja. Tadi mak dah nampak kat tangan dia booklet alif, ba, ta yang agak tebal. Satu mukasurat A4, 1 huruf jawi yang perlu ditulis dari atas hingga ke bawah muka surat. Dalam hati mak kata, memang lah tak boleh habis sampai esok pun ni. Sabarr je lah. Tak faham bila cikgu suka ugut anak-anak tadika ni. Cikgu dah macam pembuli. Membuli pelajar yang tak berdaya, yang tak tahu nak pertahan kan hak mereka sendiri. Mentang-mentang lah pelajar senyap dan patuh je, walaupun dalam hati pelajar Allah saja yan...